She Was Pretty (drama)

Dari Wikipedia bahasa Indonesia, ensiklopedia bebas


She Was Pretty
GenreDrama, cinta, komedi
BerdasarkanShe Was Pretty oleh Jo Sung-hee
Ditulis oleh
SutradaraYusry Abd Halim
Pemeran
Lagu pembuka"Bintang" oleh Amylea Azizan
Lagu penutup"Bintang" oleh Amylea Azizan
Negara asalMalaysia
Bahasa asliMelayu
Jmlh. episode16
Produksi
Produser eksekutif
  • Zurina Ramli
  • Kingsley Warner (Viu)
  • Steven Lim Tze Siang (Viu)
  • Imillya Roslan (Viu)
Produser
  • Azhar Amirulhisyam (penyelaras)
  • Elyce Chin (penyelaras)
Lokasi produksiMalaysia
SinematografiIrwan Munir
Penyunting
  • Steven Harris
  • Syamim Helmi
  • Nik Johan
  • Raime Yusoff
  • Farra Aizurin Zulkarnain
Pengaturan kameraTetapan multi-kamera
Durasi50–60 minit
Rumah produksiIndependent Pictures
Rilis asli
JaringanViu
Format gambar1080i (HDTV)
Format audioDolby Digital
Rilis23 Juni 2022

She Was Pretty ialah seri drama web Malaysia 2022 arahan Yusry Abdul Halim dengan pengarang skrip oleh Rafidah Abdullah, Mamu Vies, Baizura Kahar, Haris M. Nor dan Nadia Khan.[1] Seri ini dibintangi oleh Diana Danielle, Aiman Hakim Ridza, Alvin Chong dan ramai lagi. Drama ini juga diadaptasi dari drama populer Korea Selatan "She Was Pretty" yang disiarkan oleh MBC.[2] Drama adaptasi ini telah disiarkan di platform penstriman Viu dari 23 Juni 2022 sehingga 4 Ogos 2022 dan ditayangkan sebanyak dua episod setiap minggu.[3]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Buah hati dari zaman anak-anak bertemu kembali untuk kali pertama dalam jangka masa 15 tahun sebagai pekerja majalah fesyen. Nadia dan Haniff merupakan jiran tetangga saat zaman persekolahan. Haniff merupakan seorang yang gemuk dan berkawan dengan Nadia yang cantik dan popular. Pada suatu hari, Haniff terpaksa mengikut keluarganya ke luar negara. Mereka berpisah selama 15 tahun. Nadia yang dahulunya cantik, menjadi hodoh akibat rambutnya yang keriting dan wajahnya penuh berjerawat. Dia sering dijadikan bahan ejekan dan perlian dari orang-orang sekeliling. Mujur Nadia mempunyai sahabat baik bernama Kejora (Jo). Jo seorang yang cantik, seksi, dan diminati oleh ramai lelaki tetapi dia tidak kisah bersahabat dengan Nadia. Dia selalu memberi dukungan kuat kepada kawannya itu.

Satu hari, Haniff bakal pulang ke Malaysia dan ingin bertemu dengan Nadia setelah bertahun berkomunikasi melalui emel. Nadia sangat teruja tetapi malu karena risau jika Haniff tidak mau bertemu dengannya setelah melihat penampilannya yang terkini. Dia terpaksa meminta Jo untuk menyamar sebagai dirinya. Mau atau tidak, Jo akur dengan permintaan sahabatnya itu. Pada pemikiran Haniff, Jo adalah Nadia.

Apa yang Haniff tidak sedar, Nadia yang sebenar adalah pekerja sementara yang selalu dimarahi olehnya di departemen majalah The Most. Mujur rakan sekerja Nadia, Ashraff selalu menjadi penyelamatnya dan membuatkan Nadia selesa di kantor. Jo pula mula jatuh cinta dengan Haniff setelah Haniff menyelamatkannya dari gangster yang ingin menganggunya. Dapatkah Nadia dan Jo memberitahu Haniff bahwa Jo bukan Nadia sebenar? Bolehkah Haniff dapat mengetahui tentang Nadia, pekerja bawahannya sebagai Nadia yang sebenar?

Aktor[sunting | sunting sumber]

  • Diana Danielle sebagai Nadia Rahman[1][4][5]
  • Aiman Hakim Ridza sebagai Haniff Hilmi[1][6]
  • Alvin Chong sebagai Ashraff Yatim[1][7]
  • Daniella Sya sebagai Kejora Yusoff[1]
  • Amelina sebagai Madam Rara[1]
  • Yasmin Hani sebagai Julie[1]
  • Roy Azman sebagai Rahman
  • Shah Kimin sebagai Pyan[1]
  • Arena Wan sebagai Aria Bakri[1]
  • Adam Malek sebagai Junad[1]
  • Asha Merican sebagai Hanim[1]
  • Priyangka sebagai Surya
  • Kimberly Chuah sebagai Illy
  • Riena Amirah sebagai Yuhara
  • Adi Afendi sebagai Bapak Baharom
  • Kamarul Eqifshah sebagai Haniff kecil
  • Qistina Scholz sebagai Nadira kecil
  • Idzham Ismail sebagai Douchebag
  • Jasmin Hamid sebagai Datin Noraina
  • Arash Mohamad sebagai Datuk Yusof

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

She Was Pretty merupakan adaptasi seri drama Korea Selatan 2015 bertajuk sama (She Was Pretty) yang disiarkan di MBC dan dibintangi oleh Hwang Jung Eum, Park Seo Joon, Go Joon Hee dan Choi Si Won.

Ia disutradarai oleh Yusry Abd Halim yang sebelum ini pernah mengarahkan seri Ganjil di Viu.[8] Malaysia juga merupakan negara ketujuh yang menerbitkan adaptasi drama ini setelah Turki, China, India, Vietnam, Jepun dan Thailand.

Rilis[sunting | sunting sumber]

She Was Pretty ditayangkan di Viu dimulai 23 Juni 2022 dengan 2 episod disiarkan berturut-juga, dan 3 episod terakhir disiarkan pada 4 Ogos 2022.[8][9][10][11]

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Seri ini juga telah memenangi "Anugerah Televisyen Asia 2022" dalam kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik. Penerima anugerah ialah Alvin Chong yang memainkan watak Ashraff di dalam seri ini.

Referensi[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e f g h i j k "She Was Pretty Malaysia". My Infotaip. 16 Mac 2022. Diakses tanggal 11 Disember 2022.  Kesalahan pengutipan: Tanda <ref> tidak sah; nama "She Was Pretty Malaysia" didefinisikan berulang dengan isi berbeda
  2. ^ "Viu Hasilkan Semula K-Drama Popular, She Was Pretty dalam Bahasa Malaysia". Kakimuvee. 23 Jun 2022. Diakses tanggal 11 Disember 2022. 
  3. ^ "VIU HASILKAN SEMULA K-DRAMA POPULAR, "SHE WAS PRETTY" DALAM BAHASA MALAYSIA". Femag Online. 1 Julai 2022. Diakses tanggal 11 Disember 2022. 
  4. ^ Sudirman Mohd Tahir (12 Julai 2022). "Gementar jayakan siri Korea". Harian Metro. Diakses tanggal 11 Disember 2022. 
  5. ^ Farol Hadi (18 Ogos 2022). "Diana Danielle terbawa-bawa watak Nadia di luar set penggambaran, 'She Was Pretty' versi Malaysia tambat hati penonton". mStar Online. Diakses tanggal 22 Disember 2022. 
  6. ^ Amri Hassan (4 Julai 2022). "Aiman Hakim 'Tertekan' Jadi Park Seo Joon Versi Malaysia - "Saya 'Diharamkan' Tengok She Was Pretty Versi Asal"". Astro Gempak. Diakses tanggal 11 Disember 2022. 
  7. ^ Affan Rostam (22 Jun 2022). "Alvin seru bersatu padu naikkan nama industri seni negara". Harian Metro. Diakses tanggal 11 Disember 2022. 
  8. ^ a b Nannie Isa (28 Jun 2022). "SHE WAS PRETTY VERSI BAHASA MALAYSIA, BEST KE?". Kite Punye. Diakses tanggal 11 Disember 2022.  Kesalahan pengutipan: Tanda <ref> tidak sah; nama "BEST KE" didefinisikan berulang dengan isi berbeda
  9. ^ Wafa Awla (27 Julai 2022). "Dialog She Was Pretty Malaysia 'Awkward' Tapi…". Getaran. Diakses tanggal 11 Disember 2022. 
  10. ^ John Tan (12 Julai 2022). "VIU releases Malaysian adaptation of K-drama She Was Pretty" (dalam bahasa Inggris). The Sun Daily. Diakses tanggal 11 Disember 2022. 
  11. ^ Tahir Alhamzah (23 Jun 2022). "#Showbiz: Viu working well with adaptation" (dalam bahasa Inggris). New Straits Times. Diakses tanggal 11 Disember 2022. 

Pranala luar[sunting | sunting sumber]